Wednesday, November 23, 2011

Monday, July 13, 2009

PASAR RAMADHAN




PASAR RAMADHAN ANJURAN JKKK KG BARU AKAN DI BUKA SEBAIK SAHAJA BERMULANYA BULAN PUASA NANTI IAITU BERSAMAAN 1 RAMADHAN. KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENGAMBIL TAPAK JUALAN SILA BERHUBUNG DENGAN SAYA ATAUPUN SETIAUSAHA JKKK KG BARU.




PENDAFTARAN BORANG AKAN DIBUAT PADA 18 JULAI INI DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-IHSANIAH SIMPANG AMPAT SPS PUKUL 3 PETANG.

Friday, May 8, 2009

Photo Sekitar Lawatan TKM II ke Kg Baru

Depan rumah Lang Kiah. TKM II memberi keterangan tentang program kesihatan.
Bertanya khabar pada warga


TKM II menziarahi Lang Kiah






Masalah warga setempat di beri keutamaan






siri lawatan ke Kg Baru



Masih banyak masalah warga setempat yang perlu di beri penekanan







Pesakit yang lumpuh turur mendapat perhatian TKM II










Ke rumah Junaida yang terlantar hampir setahun lebih

















memeriksa saliran yang perlu di perbaiki







saliran yang turut menyebabkan masalah banjir diperiksa sendiri oleh TKM II
















berdekatan kedai Ismail Awang























Salur derma buat warga yang terlantar sewakti sesi lawatan






























Ke rumah Pak Ngah Id
















Melawat sekitar Kg Baru

















Di rumah En Saad




































Lawatan Tidak Resmi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II

TKM II sewaktu ke rumah En. Saad
Kelihatan Sdr. Shahrom merakamkan gambar TKM


Ramli Kasa ( Pengerusi Kariah ) beramah mesra dengan TKM II


Shahidi sedang memberi taklimat kepada TKM II


Pagi tadi 09 May 2009 Timbalan II Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Prof. P Ramasamy mengadakan lawatan tidak resmi beliau ke Kampung Baru Simpang Ampat dengan menyempatkan diri untuk menziarah penduduk kampung yang uzur.








Dalam lawatan tidak resmi beliau , beliau akan berusaha menyalurkan sumbangan apa yang mampu bagi membantu warga yang terlantar bagi meringankan sedikit beban mereka.









Wednesday, April 22, 2009

FORUM PERDANA - NUR MITHALI

Menyedari bahawa ‘HARI IBU ‘ adalah merupakan hari yang bererti untuk semua orang maka JKKK Kg. Baru berpendapat ingin mengadakan satu seisi pendekatan kepada masyarakat melalui dengan program memperingati Hari Ibu bagi menyampaikan maklumat-maklumat penting serta kaedah melahirkan Keluarga Sakinah khususnya di kalangan masyarakat Melayu amnya.

Penglibatan anak-anak terhadap penyalah gunaan dadah dan terjerumusnya kaum belia yang kurang mendapat perhatian dari ibubapa adalah merupakan satu kerosakan gejala sosial yang sekiranya tidak dibendung dari awal akhirnya akan merugikan belia dan negara. Disinilah peranan seorang ibu itu diukur kerana maklumat-maklumta penting serta input yang baik dipercayai dapat membantu kaum-kaum ibu untuk menyediakan jalan yang terbaik untuk wira-wira mereka.

Setiap dari kita tidak akan terlepas untuk memikul 2 tanggungjawap dalam sesuatu masa sebagai seorang anak , kita juga terlibat dalam persediaan sebagai seorang ibubapa terhadap waris yang bakal kita corakan. Forum Nur Mithali adalah sebuah forum yang menarik semua golongan tanpa mengira usia dan tingkat keluarga. Jadi….mengapa harus kita melepasnya ?
AHLI PANEL
Melalui perbincangan JKKK KG BARU , Saudara Shahidi Sherif telah mencadangkan beberapa panel yang mampu menarik masyarakat untuk mengikuti program ini. Setelah mengambil kira peranan panel terhadap masyarakat dan sumbangan mereka yang mampu membimbing ke arah matlamat program maka mereka yang di cadangkan ialah :

1. YB Tuan Ustaz Haji Taib Azamudin Md. Taib


2. Dr. Badrul Amin Bahron


3. YB Ustazah Hjh Siti Aishah Bt Haji Ghazali
JAWATANKUASA PENAJA PROGRAM
Bagi melengkapkan badan penyelaras program dan memastikan setiap keperluan program di penuhi maka sebuah Jawatankuasa Penaja Program telah di bentuk dengan mengabungkan AJK dari JKKK Kg.Baru , Ajk Keadilan Bah. Batu Kawan dan juga Dewan Pemuda Kaw. Batu Kawan. Penyelarasan Jawatankuasa ini di pengerusikan oleh Pengerusi JKKK Kg. Baru sendiri iaitu Sdr. Shahidi Bin Sherifrf.

Nama-nama AJK Penaja Program adalah seperti di bawah :

PENGERUSI PROGRAM - SDR. SHAHIDI BIN SHERIFF

NAIB PENGERUSI - PN. ASMA BT SULTAN
SETIAUSAHA PROGRAM - SDR. ROZAINI BIN YAAKOB
BENDAHARI - PN. SAUYAH BT MD. JUSOH

AHLI JAWATAN KUASA PENAJA PROGRAM

1. MOHD SOFI BIN ABU

2. RIZUAN BIN ABDULLAH

3. MOHD NAZRI BIN ISMAIL

4. MOHD ANUAR BIN KADIR MYDIN

5. MOHD NOOR BIN HARUN

6. NORLIAH BT MOHD SHUKOR

7. NUR YANI BT YUSOF

8. AZIZAH BT YUSOF

9. JAMILAH BT MD SAAD

10. MAT ISA BIN ABDULLAH



Sunday, April 19, 2009

PERANCANGAN KALENDAR JKKK 2009


MAY

[ MESYUARAT PERTAMA ]

-JEMPUTAN
PENGHULU MD ZAKI SELAKU PENGHULU MUKIM.


[ MAJLIS MAKAN MALAM ]

- MAJLIS SUAIKENAL AHLI JKKK KAMPUNG BARU BERSAMA JKKK SIMPANG AMPAT & YB LAU CHOO KIANG.

[ KEMPEN ANTI AEDES ]
&
[ GOTONG-ROYONG AREA 1A ]

- MAJLIS ANJURAN BERSAMA PEJABAT KESIHATAN SEBERANG PERAI SELATAN

-AREA 1A IALAH KAWASAN KAMPUNG BARU.


JUNE

[ SAMBUTAN HARI IBU ]


-ANJURAN BERSAMA WANITA ADIL BAH. SIMPANG AMPAT.

-PROGRAM UNTUK KAUM IBU.

-CERAMAH AGAMA / MOTIVASI OLEH PENCERAMAH WANITA.

-PENGHARGAAN KEPADA IBU MISTHALI.


[ KEMPEN ANTI DADAH ]
&
[ AHLI PEMADAM ]

-PAMERAN ANTI DADAH DAN CERAMAH PENCEGAHAN DADAH DI KALANGAN BELIA.

-PENDAFTARAN SEBAGAI AHLI PEMADAM.

-JEMPUTAN TUAN PEGAWAI DAERAH.


JULY

[ GOTONG-ROYONG ]
&
[ PERINDAHAN KAMPUNG ]

-MEMBERSIHKAN KAW. KG BARU.

-PROJEK PERINDAHAN KG BARU.

-KENDURI / MASAK BERSAMA.

-JEMPUTAN
AHLI PARLIMEN BATU KAWAN.


[ BENGKEL KEUSAHAWANAN WANITA ]

-PROGRAM & LATIHAN

-ANJURAN BERSAMA PERDA / PPK


[ ISRAK MIKRAJ ]
20 JULY



AUGUST

[ GOTONG-ROYONG WANITA ]

-ACARA BUAT KUEH BERAMAI-RAMAI.



[ MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA]

-JEMPUTAN
PENGHULU , PEGAWAI DAERAH


[ PEMBERIAN ZAKAT / HAMPER KEPADA ASNAT ]


SEPTEMBER


[ NUZUL QURAN ]
7 SEPT.



[ MAJLIS SIRATUL RAHMI BERSAMA PENDUDUK KG. BARU ]

RUMAH TERBUKA KG. BARU

-PROGRAM SEBUAH RUMAH SETALAM KUEH.

-JEMPUTAN
YB LAU CHOO KIANG , PENGHULU.

** HARI RAYA KE-3 ATAU SELEPASNYA.




OKTOBER

[ GOTONG-ROYONG ]


NOVEMBER

[ MAJLIS KORBAN ]
&
[ SAMBUTAN HARI RAYA HAJI ]


DECEMBER

[ MAJLIS BERKHATAN ]
&
KENDURI BERSAMA



Malaysia Calendar 2009 State Holidays

JANUARY

1 Jan (Thursday): New Year 2009 Celebration (only for KL, Putrajaya, Labuan, Malacca, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Penang, Sabah, Sarawak, Selangor)18 Jan (Sunday): Birthday of Sultan of Kedah (only for Kedah)


FEBRUARY

1 Feb (Sunday): Federal Territory Day (only for KL, Putrajaya, Labuan)8 Feb (Sunday): Thaipusam (only for Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang, Selangor)


MARCH

4 March (Wed): Anniversary of Coronation of Sultan of Terengganu (only for Terengganu)30 March (Monday) - 31 March (Tuesday): Birthday of Sultan of Kelantan (only for Kelantan)


APRIL

8 April (Wed): Birthday of Sultan of Johor (only for Johor)10 April (Friday) : Good Friday (only for Sabah, Sarawak)15 April (Wed): Declaration of Malacca as A Historical City (only for Malacca)19 April (Sunday): Birthday of Sultan of Perak (only for Perak)


MAY
7 May (Thursday): Hol Day of Pahang State (only for Pahang)17 May (Sunday): Birthday of Tuanku Raja Perlis (only for Perlis)30 May (Sat) - 31 May (Sunday): Keamatan Harvest Festival (only for Labuan, Sabah)


JUNE
1 June (Monday)- 2 June (Tuesday): Gawai Dayak Festival (only for Sarawak)29 June (Monday): Hol Day of Almarhum Sultan of Johor (only for Johor)


JULY
11 July (Sat): Birthday of Yang di-Pertua Negeri of Penang (only for Penang)19 July (Sunday): Birthday of Tuanku Yang Di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan (only for Negeri Sembilan)20 July (Monday): Birthday of The Sultan of Terengganu (only for Terengganu)20 July (Monday): Israk & Mikraj (only for Kedah, Negeri Sembilan & Perlis)


AUGUST
22 Aug (Sat): Awal Ramadan (only for Johor, Kedah and Melaka)


SEPTEMBER
7 Sept (Monday): Nuzul Al-Qu'ran (only for Kelantan, Pahang, Perlis, Penang, Perak, Selangor & Terengganu)*12 Sept (Sat): Birthday of Yang Di-Pertua Negeri Sarawak (only for Sarawak)16 Sept (Wed): Malaysia Day & Birthday of Sabah State Governor (only for Sabah)


OCTOBER
10 Oct (Sat): Birthday of Malacca State Governor (only for Melaka)24 Oct (Sat): Birthday of The Sultan of Pahang (only for Pahang)


NOVEMBER
28 Nov (Sat): Hari Raya Haji/Qurban* 2nd Day (only for Kelantan Terengganu, Kedah and Perlis)


DECEMBER
11 Dec (Friday): Birthday of Sultan of Selangor (only for Selangor)

Note:
Subject to changes Whenever a public holiday falls on a Sunday, the next day shall be a public holiday

Malaysia Calendar 2009 School Holidays

For the year 2009, the total number of school days including public holidays is 208 days. The total number of holidays is 77 days.


All States Except Kedah, Kelantan and Terengganu

School Commences : 5th January 2009
1st Mid Term Break (9 Days) : 14th March - 22nd March 2009

2nd Mid Term Break (16 Days) : 30th May - 14th June 2009

3rd Mid Term Break (9 Days) : 22nd August - 30th August 2009

End of the Year Break (43 Days) : 21st November 2009 - 3rd January 2010


Kedah, Kelantan and Terengganu

School Commences : 4th January 2009

1st Mid Term Break (9 Days) : 13th March - 21st March 2009

2nd Mid Term Break (16 Days) : 29th May - 13th June 2009

3rd Mid Term Break (9 Days) : 21st August - 29th August 2009

End of the Year Break (43 Days) : 20th November 2009 - 2nd January 2010
* Take note that in Kedah, Kelantan and Terengganu, Term Break commences a day earlier.

Malaysia Calendar 2009 National Holidays

JANUARY
26 Jan (Monday) & 27 Jan (Tuesday): Chinese New Year


MARCH
9 March (Monday) : Prophet Muhammad's Birthday


MAY
1 May (Friday) : Labour Day9 May (Saturday): Wesak Day


JUNE
6 June (Saturday): Birthday Celebration of Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong


AUGUST
31 Aug (Monday): National Day


SEPTEMBER
20 Sept (Sunday) & 21 Sept (Monday): Hari Raya Puasa *


OCTOBER
17 October (Saturday): Deepavali


NOVEMBER
27 Nov (Friday) : Hari Raya Haji/Qurban*


DECEMBER
18 Dec (Friday): Awal Muharram (Maal Hijrah)*25 Dec (Friday): Christmas


NOTE:
* Subject to changes
Whenever a public holiday falls on a Sunday, the next day shall be a public holiday

SENARAI CADANGAN JKKK BAGI 2009

Mereka yang di senaraikan di bawah ini adalah cadangan untuk JKKK bagi tahun 2009. Sebarang cadangan lain / komen sila hubungi saya via telefon untuk memaklumkannya. Terima kasih.
1. ROZAINI BIN YAAKOB
2. MOHD NASIR BIN ISMAIL
3. MOHD NAZRI BIN ISMAIL
4. MOHAMMAD ZULKHAIRI BIN AZIHARI
5. HJ. SABDIN BIN BAHAROM
6. MOHD RIZUAN BIN KAMARUDIN
7. MOHD NOOR BIN HARUN
8. KARUNANETI A/L KRISNAN (RADHA )
9. ROSMIZA BT RAMLI
10. ZULKIFLI BIN DARUS
11. MOHD ANUAR BIN KADIR MYDIN
12. RAMLI BIN BAHAROM
13. YEW BIN CHIN
14. ZULKIFLI BIN ZAKARIA

Friday, February 6, 2009

Peranan Kebajikan Masyarakat


Senarai Warga Emas Yang Mendapat Sumbangan

1. BASRAH BT SABRAN

2. SAAYAH BT HASHIM

3. KIAH BT PUTIH

4. CHE SU BT CHE MAT

5. SAAD BIN OMAR

6. MD HASHIM BIN ALI

Sebahagian Surat Permohonan
















Aturcara Program Mesra Rakyat Pada 07hb Febuari 2009

ATURCARA

5:50 Petang - Ketibaan YB dan Tetamu Kehormat.

6:00 Petang - Ucapan Aluan Oleh Pengerusi Majlis.

6:10 Petang - Ucapan Sambutan Oleh Pengerusi JKKK.
( Sdr. Shahidi Bin Sheriff )

6:20 Petang - Ucapan Program Oleh Yang Berhormat Adun Bukit Tambun.
( Tuan Law Choo Kiang )

6:30 Petang - Ucapan Oleh Tetamu Kehormat Program.
( Dato Sri Wan Azizah Bt Wan Ismail )

6:40 Petang - Acara Sumbangan Kerusi Roda & Alat Sokongan Kesihatan
Oleh YB Tn. Law Choo Kiang Kepada Junaida Bt Abdul Rahim.
- Sumbangan Dana Pembangunan Oleh YB Tn. Law Choo Kiang
Kepada Balai Kompang Kampung Baru.

6:50 Petang - Acara Pemberian Sumbangan Kepada Warga Emas Oleh
Tetamu Kehormat Dato Sri Wan Azizah Bt Wan Ismail.

7:00 Malam - Ucapan Penutup Oleh Pengerusi Majlis.


7:10 Malam - Majlis Juadah dan Bersurai.

Thursday, February 5, 2009

MINIT MESYUARAT BIL KE - 2

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN
KAMPUNG BARU , SIMPANG AMPAT , SEBERANG PERAI SELATAN
BILANGAN 01 / 2009

TARIKH : 20 JANUARI 2009
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SEKOLAH AGAMA IHSANIAH
MASA : 9:30 Malam


Kehadiran :

1. Encik Shahidi Bin Sherif - Pengerusi

2. Rozaini Bin Yaakob - Ahli Jawatankuasa

3. Mohd Nasir Bin Ismail - Ahli Jawatankuasa

4. Mohd Nazri Bin Ismail - Ali Jawatankuasa

5. Mohd Riduan Bin Kamarudin - Ahli Jawatankuasa

6. Baharudin Bin Awang - Ahli Jawatankuasa

7. Pn. Rosmiza Bt Ramli - Ahli Jawatankuasa

8. Zulkhairi Bin Azihari -Ahli Jawatankuasa

9. Mohd Noor Bin Haron - Setiausaha

Turut Hadir :
1. Penghulu Tengku Md. Zaki Bin Tengku Ibrahim

Tidak Hadir :
1. Yew Bin Chin

2. Karunaneti A/L Krisnan

3. Hasnol Zuhairi Bin Mohd Zubir

4. Mohd Rizuan Sarip

5. Hj Sabidin B Baharom

6. Ramli Bin Baharom


MINIT MESYUARAT
1. Ucapan Pengerusi Majlis.

A. Memulakan majlis dengan lafaz salam dan salam sejahtera serta mengucapkan jutaan terima kasih kepada Penghulu yang sudi hadir dan juga kepada semua jkkk kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis mesyuarat yang diadakan pada hari ni seterusnya memulakan mesyuarat.

B. Seterusnya Pengerusi memaklumkan perlantikan ahli baru bagi mengantikan individu yang tidak dapat meneruskan jawatan sebagai ahli JKKK Kampung Baru. Pengerusi juga memaklumkan berkemungkinan akan merombak kembali Jawatankuasa yang sedia ada memandangkan beberapa orang ahli tidak dapat meneruskan tugas mereka.

C. Pengerusi memaklumkan kemasukan ahli baru iaitu Puan Rosmiza yang tinggal di taman Kasawari adalah cadangan dari beberapa ahli yang lain.

D. Pengerusi juga memaklumkan beberapa perkara iaitu :

i. Pengerusi memaklumkan bahawa satu perjumpaan untuk membincangkan masalah pendudukan atau perpindahan penduduk Kampung baru di tangguhkan pada satu tarikh yang lain yang difikikan sesuai. Perjumpaan ini akan dihadiri oleh YB , Pegawai daerah SPS , Penghulu dan Pengerusi JKKK Kg. baru.

ii. JKKK Kg Baru ada menerima sebuah mesin rumput hasil sumbangan individu kepada JKKK. Mesin rumput buat masa kini di bawah jagaan Mohd Riduan Kamarudin.


iii. Pengerusi ada membuat permohonan kepada Jabatan Haiwan untuk memohon lembu bagi penternakan OKU.

iv. Pengerusi menyerahkan ucapan mesyuarat kepada Penghulu.



2. Ucapan Penghulu.

A. Penghulu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengerusi JKKK dan kepada semua ahli JKKK kerana telah mengundang beliau dalam mesyuarat yang kedua kali ini .

B. Seterusnya penghulu memberitahu bahawa takwim JKKK untuk setahun buat masa sekarang tidak perlu dirangka memandangkan situasi kedudukan JKKK yang masih rapuh.

C. Penghulu juga memaklumkan bahawa peralatan gotong-royong boleh di mohon kepada YB melalui JKKK untuk kegunaan orang ramai. Penghulu meminta JKKK menyediakan permohonan itu secepat mungkin.

D. Penghulu mencadangkan agar di adakan dahulu perlantikan biro-biro bagi memudahkan JKKK Kg Baru membuat beberapa aktiviti. Penghulu memberi tahu bahawa pengerusi biro haruslah ahli JKKK dan ahli biro bolehlah dilantik sesiapa saja yang menurut pengerusi biro mampu menjalankan tugas.

E. Cadangan dari Penghulu adalah seperti berikut :

i. Biro Modal Insan -biro akan di lantik oleh Pengerusi JKKK.

ii. Biro Pembangunan Ekonomi Perusahaan Kecil -Sdr. Mohd Riduan Kamarudin.

iii. Biro Pembangunan Belia & Wanita - Sdr. Mohd Nazri B Ismail.

iv. Biro Perpaduan -En. Karunaneti A/L Krisnan.

v. Biro Pembangunan Fizikal - Sdr. Mohd Noor Bin Haron.



vi. Biro Kewangan & Ekonomi JKKK - Sdr. Rozaini B Yaakob

Cadangan Penghulu kepada perlantikan biro-biro seperti di atas telah di persetuji oleh Pengerusi JKKK dan di sokong oleh Sdr. Mohd Noor Haron tanpa bantahan dari ahli yang lain.

Sdr. Baharudin Awang mencadangkan agar diadakan mesyuarat khas bagi membincang lebih jauh peranan dan individu yang dilantik bagi menjawat Pengerusi Biro ini kerana perbicangan biro-biro ini memerlukan satu mesyuarat khas.

Cadangan beliau ini mendapat sokongan dari Pengerusi JKKK.

F. Penghulu mencadangkan JKKK membuat permohonan untuk menganjurkan pasar malam di Taman Kasawari bagi menambahkan pendapatan kepada JKKK dan dengan usaha seperti itu akan memudahkan JKKK menganjurkan apa-apa aktiviti yang di fikirkan perlu bagi masyarakat setempat.

Cadangan penghulu di persetujui oleh Pengerusi JKKK dan di sokong oleh Sdr. Rozaini Yaakob tanpa ada bantahan dari ahli yang lain.

3. Laporan Kewangan oleh Bendahari JKKK.

i. Bendahari memaklumkan jumlah wang untuk JKKK Kg Baru masih berada dalam RM500.00 seperti mana jumlah yang diterima dari Pejabat Daerah.
Pengerusi JKKK mengesahkan laporan tersebut dengan merujuk kepada penyata akuan yang berada di depan beliau.

4. Lain-lain Hal.

A. Mohd Nazri Bin Ismail.
Bersetuju dengan semua cadangan dan meminta Pengerusi JKKK sentiasa memberi sokongan kepada program-program Belia & Wanita yang di pengerusikan oleh beliau.




B. Mohd Riduan Kamarudin
Bersetujui dengan semua cadangan dan memaklumkan bahawa kepada sesiapa yang ingin menggunakan mesin rumput bolehlah menghubungi beliau. Mohd Riduan juga mencadangkan agar di usahakan ‘sign board’ Kg Baru di depan jalan masuk ke kampung.

C. Mohd Nasir Ismail.
Bersetujui dengan semua cadangan dan memohon agar Pengerusi dan Penghulu mengusahakan tong sampah bagi kegunaan penduduk Kampung Baru. Disebabkan ketiadaan tong sampah yang besar ini telah menimbulkan beberapa masalah.

D. Baharudin Awang.
Bersetuju dengan semua cadangan di dalam mesyuarat dan meminta Pengerusi menekankan masalah pembersihan longkan simen kerana kerja-kerja pembersihan yang di lakukan oleh MPSP hanya berupa separuh longkang saja dan tidak menyeluruh. Sdr. Baharudin juga meminta Pengerusi memriksa kembali kepada siapakah tanggungjawap pembersihan longkang ini diberikan.
Beliau juga mencadangkan agar diadakan satu lagi bentuk longkang atau saliran bagi mencegah banjir ini kerana beliau menjangkakan pam JPS yang baru dipasang berkemungkinan tidak dapat bekerja dengan maksima.


5. PENUTUP.

Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Penghulu dan semua ahli JKKK kerana telah memberi kerjasama yang baik semasa mesyuarat dijalankan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11:10 malam dengan ucapan terima kasih dari tuan Pengerusi.

MINIT MESYUARAT BIL 1

TAMINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN
KAMPUNG BARU , SIMPANG AMPAT , SEBERANG PERAI SELATAN
BILANGAN 01 / 2008

TARIKH : 13 DESEMBER 2008
TEMPAT : Dewan Surau Kampung Baru
MASA : 3:00 Petang


Kehadiran :

1. Encik Shahidi Bin Sherif - Pengerusi

2. Rozaini Bin Yaakob - Ahli Jawatankuasa

3. Jamaludin Bin Modh Gany - Ahli Jawatankuasa

4. Mohd Nazri Bin Ismail - Ali Jawatankuasa

5. Mohd Ridzuan Bin Kamarudin - Ahli Jawatankuasa

6. Baharudin Bin Awang - Ahli Jawatankuasa

7. Mohd Noor Bin Haron - Setiausaha

Turut Hadir :
1. Penghulu Tengku Zaki Bin Tengku Ibrahim

Tidak Hadir :
1. Yew Bin Chin

2. Karunaneti A/L Krisnan

3. Hasnol Zuhairi Bin Mohd Zubir

4. Mohd Rizuan

5. Zulkhairi Bin Azihari

6. Hj Sabidin B Baharom

7. Ramli Bin Baharom


MINIT MESYUARAT
1. Ucapan Pengerusi Majlis.

A. Memulakan majlis dengan lafaz salam dan salam sejahtera serta mengucapkan jutaan terima kasih kepada Semua jkkk kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis mesyuarat yang julung-julung kali diadakan pada hari ni seterusnya memulakna mesyuarat.

B. Pengerusi memaklumkan perlantikan Setiausaha JKKK iaitu Saudara Mohd Noor Bin Harun dan semua ahli yang hadir memberi sokongan dengan perlantikan tersebut.

C. Pengerusi mencadangkan perlantikan bendahari disandang oleh Mohd Nasir B Ismail dan Semua ahli yang hadir menyokong cadangan tersebut dan secara sah Mohd Nasir Bin Ismail di lantik menjadi Bendahari JKKK Kampung Baru SPs.

D. Memaklumkan mengenai program yang telah dijalankan :

i. YB Law telah memberi sumbangan Rm500.00 untuk program Nuzul Quran di Masjid Ihsaniah Simpang Ampat.

ii. YB Law telah memberi sumbangan Rm500.00 dan kerja-kerja perataan tanah dengan menggunakan jentolak untuk program gotong-royong kawasan masjid.

iii. Melalui Program Buku Hijau , YB Law akan mengusahakan memberi sumbangan untuk program bercucuk-tanam yang lebih tertumpu kepada sayur-sayuran.

iv. Pengerusi memaklumkan bahawa projek rumah pam oleh pihak JPS telah hampir siap.

E. Majlis suai kenal.


2. Akaun JKKK Kg Baru.

A. Jawatankuasa yang hadir telah membuat persetujuan dengan menerima cadangan Pengerusi untuk membuka sebuah akuan diatas nama JKKK Kampung Baru bagi memudahkan pembukuan wang keluar masuk untuk aktiviti JKKK Kg. Baru.

B. Pengerusi mencadangakan akaun baru ini dibuka di Public Bank Simpang Ampat dan Pengerusi menerima sokongan sebulat suara dari AJK yang hadir.

C. Jenis akaun yang dicadangkan oleh Pengerusi ialah akuan semasa.

D. AJK yang hadir telah mencadangkan 3 penama bagi pemegang akaun tersebut dan nama-nama tersebut ialah :


i. SHAHIDI BIN SHERIF - PENGERUSI
ii. MOHD NOOR BIN HARUN -SETIAUSAHA
iii. MOHD NASIR BIN ISMAIL -BENDAHARI

E. Tandatangan Bendahari adalah tandatangan tetap dan Pengerusi atau setiausaha adalah tandatangan ke-2 iaitu diperlukan tandatangan dari salah seorang samada pengerusi atau setiausaha.

3. Lain-lain hal.

A. Mohd Nazri Ismail.
Mencadangkan surat jemputan mesyuarat sekurang-kurangnya diedar 3 hari sebelum tarikh mesyuarat diadakan.

B. Mohd Noor Bin Harun.
Mengucapkan jutaan terima kasih kerana telah memilih beliau sebagai salah seorang AJK JKKK dan berharap semua yang telah dipilih dan dilantik dapat memebri kerjasama yang baik.

C. Mohd Nasir Bin Ismail.
Memohon JKKK memantau supaya semua parit yang ada di bawah JKKK Kg Baru dibersihkan sekurang-kurangnya seminggu sekali.


D. Rozaini B Yaakob
Memohon Semua JKKK Kg Baru memberi bantuan dan kerjasama tanpa kepada mana-mana individu yang memerlukan bantuan tanpa mengira parti dan kedudukan.

4. PENUTUP.

Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih pada semua JKKK kerana telah memberi kerjasama yang baik semasa mesyuarat dijalankan dan memohon kepada Semua JKKK member kerjasama tanpa mengira parti.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5:10 petang dengan ucapan terima kasih dari tuan Pengerusi.