
Shahidi Bin Sheriff adalah anak jati Kampung Baru yang sekarang ini di pilih mempengerusikan JKKK Kg. Baru dengan matlamat agar seluruh penduduk yang berada di bawah kelolaan JKKK ini mendapat layanan yang seksama.
Saudara Shahidi juga merupakan seorang yang aktif dan mengambil berat tentang permasalahan penduduk dengan menguruskan beberapa bantuan kepada penduduk miskin dan kurang upaya. Kegigihan dan kesungguhan yang ditunjukan oleh beliau merupakan satu rintisan baru kepada penduduk setempat dengan terus membaiki perjalanan sebagai seorang Pengerusi JKKK.
Untuk tahun 2009 pelbagai program bagi menjana keaktifan JKKK telah disenaraikan dan akan dibentangkan dalam setiap mesyuarat JKKK bagi memperolehi input dari AJK yang lainnya. Motto beliau , kemudahan dan prasarana yang wajar seharusnya diusahakan oleh JKKK dengan memberi layanan yang seksama adalah objektif yang utama.
Dengan itu , beliau berharap agar seluruh penduduk di bawah kelolaan JKKK Kg. Baru memberi kerjasama yang baik bagi memantapkan perjalanan dan objektif bersama. Beliau sering melaungkan ' BERAT SAMA DIPIKUL , RINGAN SAMA DIJINJING' pada setiap Ahli JKKK agar semuanya bekerja sebagai sebuah pasukan tanpa mengira batasan umur dan kedudukan.
Beliau berharap dengan wadah blog yang dibuka ini dapat membantu menjadi komunikasi 2 hala antara penduduk dan JKKK. Setiap sebarang masalah dan komen membina bolehlah terus menghubungi beliau melalui talian 012 468 4574.