TAMINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN
KAMPUNG BARU , SIMPANG AMPAT , SEBERANG PERAI SELATAN
BILANGAN 01 / 2008
TARIKH : 13 DESEMBER 2008
TEMPAT : Dewan Surau Kampung Baru
MASA : 3:00 Petang
Kehadiran :
1. Encik Shahidi Bin Sherif - Pengerusi
2. Rozaini Bin Yaakob - Ahli Jawatankuasa
3. Jamaludin Bin Modh Gany - Ahli Jawatankuasa
4. Mohd Nazri Bin Ismail - Ali Jawatankuasa
5. Mohd Ridzuan Bin Kamarudin - Ahli Jawatankuasa
6. Baharudin Bin Awang - Ahli Jawatankuasa
7. Mohd Noor Bin Haron - Setiausaha
Turut Hadir :
1. Penghulu Tengku Zaki Bin Tengku Ibrahim
Tidak Hadir :
1. Yew Bin Chin
2. Karunaneti A/L Krisnan
3. Hasnol Zuhairi Bin Mohd Zubir
4. Mohd Rizuan
5. Zulkhairi Bin Azihari
6. Hj Sabidin B Baharom
7. Ramli Bin Baharom
MINIT MESYUARAT
1. Ucapan Pengerusi Majlis.
A. Memulakan majlis dengan lafaz salam dan salam sejahtera serta mengucapkan jutaan terima kasih kepada Semua jkkk kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis mesyuarat yang julung-julung kali diadakan pada hari ni seterusnya memulakna mesyuarat.
B. Pengerusi memaklumkan perlantikan Setiausaha JKKK iaitu Saudara Mohd Noor Bin Harun dan semua ahli yang hadir memberi sokongan dengan perlantikan tersebut.
C. Pengerusi mencadangkan perlantikan bendahari disandang oleh Mohd Nasir B Ismail dan Semua ahli yang hadir menyokong cadangan tersebut dan secara sah Mohd Nasir Bin Ismail di lantik menjadi Bendahari JKKK Kampung Baru SPs.
D. Memaklumkan mengenai program yang telah dijalankan :
i. YB Law telah memberi sumbangan Rm500.00 untuk program Nuzul Quran di Masjid Ihsaniah Simpang Ampat.
ii. YB Law telah memberi sumbangan Rm500.00 dan kerja-kerja perataan tanah dengan menggunakan jentolak untuk program gotong-royong kawasan masjid.
iii. Melalui Program Buku Hijau , YB Law akan mengusahakan memberi sumbangan untuk program bercucuk-tanam yang lebih tertumpu kepada sayur-sayuran.
iv. Pengerusi memaklumkan bahawa projek rumah pam oleh pihak JPS telah hampir siap.
E. Majlis suai kenal.
2. Akaun JKKK Kg Baru.
A. Jawatankuasa yang hadir telah membuat persetujuan dengan menerima cadangan Pengerusi untuk membuka sebuah akuan diatas nama JKKK Kampung Baru bagi memudahkan pembukuan wang keluar masuk untuk aktiviti JKKK Kg. Baru.
B. Pengerusi mencadangakan akaun baru ini dibuka di Public Bank Simpang Ampat dan Pengerusi menerima sokongan sebulat suara dari AJK yang hadir.
C. Jenis akaun yang dicadangkan oleh Pengerusi ialah akuan semasa.
D. AJK yang hadir telah mencadangkan 3 penama bagi pemegang akaun tersebut dan nama-nama tersebut ialah :
i. SHAHIDI BIN SHERIF - PENGERUSI
ii. MOHD NOOR BIN HARUN -SETIAUSAHA
iii. MOHD NASIR BIN ISMAIL -BENDAHARI
E. Tandatangan Bendahari adalah tandatangan tetap dan Pengerusi atau setiausaha adalah tandatangan ke-2 iaitu diperlukan tandatangan dari salah seorang samada pengerusi atau setiausaha.
3. Lain-lain hal.
A. Mohd Nazri Ismail.
Mencadangkan surat jemputan mesyuarat sekurang-kurangnya diedar 3 hari sebelum tarikh mesyuarat diadakan.
B. Mohd Noor Bin Harun.
Mengucapkan jutaan terima kasih kerana telah memilih beliau sebagai salah seorang AJK JKKK dan berharap semua yang telah dipilih dan dilantik dapat memebri kerjasama yang baik.
C. Mohd Nasir Bin Ismail.
Memohon JKKK memantau supaya semua parit yang ada di bawah JKKK Kg Baru dibersihkan sekurang-kurangnya seminggu sekali.
D. Rozaini B Yaakob
Memohon Semua JKKK Kg Baru memberi bantuan dan kerjasama tanpa kepada mana-mana individu yang memerlukan bantuan tanpa mengira parti dan kedudukan.
4. PENUTUP.
Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih pada semua JKKK kerana telah memberi kerjasama yang baik semasa mesyuarat dijalankan dan memohon kepada Semua JKKK member kerjasama tanpa mengira parti.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5:10 petang dengan ucapan terima kasih dari tuan Pengerusi.