MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN
KAMPUNG BARU , SIMPANG AMPAT , SEBERANG PERAI SELATAN
BILANGAN 01 / 2009
TARIKH : 20 JANUARI 2009
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SEKOLAH AGAMA IHSANIAH
MASA : 9:30 Malam
Kehadiran :
1. Encik Shahidi Bin Sherif - Pengerusi
2. Rozaini Bin Yaakob - Ahli Jawatankuasa
3. Mohd Nasir Bin Ismail - Ahli Jawatankuasa
4. Mohd Nazri Bin Ismail - Ali Jawatankuasa
5. Mohd Riduan Bin Kamarudin - Ahli Jawatankuasa
6. Baharudin Bin Awang - Ahli Jawatankuasa
7. Pn. Rosmiza Bt Ramli - Ahli Jawatankuasa
8. Zulkhairi Bin Azihari -Ahli Jawatankuasa
9. Mohd Noor Bin Haron - Setiausaha
Turut Hadir :
1. Penghulu Tengku Md. Zaki Bin Tengku Ibrahim
Tidak Hadir :
1. Yew Bin Chin
2. Karunaneti A/L Krisnan
3. Hasnol Zuhairi Bin Mohd Zubir
4. Mohd Rizuan Sarip
5. Hj Sabidin B Baharom
6. Ramli Bin Baharom
MINIT MESYUARAT
1. Ucapan Pengerusi Majlis.
A. Memulakan majlis dengan lafaz salam dan salam sejahtera serta mengucapkan jutaan terima kasih kepada Penghulu yang sudi hadir dan juga kepada semua jkkk kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis mesyuarat yang diadakan pada hari ni seterusnya memulakan mesyuarat.
B. Seterusnya Pengerusi memaklumkan perlantikan ahli baru bagi mengantikan individu yang tidak dapat meneruskan jawatan sebagai ahli JKKK Kampung Baru. Pengerusi juga memaklumkan berkemungkinan akan merombak kembali Jawatankuasa yang sedia ada memandangkan beberapa orang ahli tidak dapat meneruskan tugas mereka.
C. Pengerusi memaklumkan kemasukan ahli baru iaitu Puan Rosmiza yang tinggal di taman Kasawari adalah cadangan dari beberapa ahli yang lain.
D. Pengerusi juga memaklumkan beberapa perkara iaitu :
i. Pengerusi memaklumkan bahawa satu perjumpaan untuk membincangkan masalah pendudukan atau perpindahan penduduk Kampung baru di tangguhkan pada satu tarikh yang lain yang difikikan sesuai. Perjumpaan ini akan dihadiri oleh YB , Pegawai daerah SPS , Penghulu dan Pengerusi JKKK Kg. baru.
ii. JKKK Kg Baru ada menerima sebuah mesin rumput hasil sumbangan individu kepada JKKK. Mesin rumput buat masa kini di bawah jagaan Mohd Riduan Kamarudin.
iii. Pengerusi ada membuat permohonan kepada Jabatan Haiwan untuk memohon lembu bagi penternakan OKU.
iv. Pengerusi menyerahkan ucapan mesyuarat kepada Penghulu.
2. Ucapan Penghulu.
A. Penghulu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengerusi JKKK dan kepada semua ahli JKKK kerana telah mengundang beliau dalam mesyuarat yang kedua kali ini .
B. Seterusnya penghulu memberitahu bahawa takwim JKKK untuk setahun buat masa sekarang tidak perlu dirangka memandangkan situasi kedudukan JKKK yang masih rapuh.
C. Penghulu juga memaklumkan bahawa peralatan gotong-royong boleh di mohon kepada YB melalui JKKK untuk kegunaan orang ramai. Penghulu meminta JKKK menyediakan permohonan itu secepat mungkin.
D. Penghulu mencadangkan agar di adakan dahulu perlantikan biro-biro bagi memudahkan JKKK Kg Baru membuat beberapa aktiviti. Penghulu memberi tahu bahawa pengerusi biro haruslah ahli JKKK dan ahli biro bolehlah dilantik sesiapa saja yang menurut pengerusi biro mampu menjalankan tugas.
E. Cadangan dari Penghulu adalah seperti berikut :
i. Biro Modal Insan -biro akan di lantik oleh Pengerusi JKKK.
ii. Biro Pembangunan Ekonomi Perusahaan Kecil -Sdr. Mohd Riduan Kamarudin.
iii. Biro Pembangunan Belia & Wanita - Sdr. Mohd Nazri B Ismail.
iv. Biro Perpaduan -En. Karunaneti A/L Krisnan.
v. Biro Pembangunan Fizikal - Sdr. Mohd Noor Bin Haron.
vi. Biro Kewangan & Ekonomi JKKK - Sdr. Rozaini B Yaakob
Cadangan Penghulu kepada perlantikan biro-biro seperti di atas telah di persetuji oleh Pengerusi JKKK dan di sokong oleh Sdr. Mohd Noor Haron tanpa bantahan dari ahli yang lain.
Sdr. Baharudin Awang mencadangkan agar diadakan mesyuarat khas bagi membincang lebih jauh peranan dan individu yang dilantik bagi menjawat Pengerusi Biro ini kerana perbicangan biro-biro ini memerlukan satu mesyuarat khas.
Cadangan beliau ini mendapat sokongan dari Pengerusi JKKK.
F. Penghulu mencadangkan JKKK membuat permohonan untuk menganjurkan pasar malam di Taman Kasawari bagi menambahkan pendapatan kepada JKKK dan dengan usaha seperti itu akan memudahkan JKKK menganjurkan apa-apa aktiviti yang di fikirkan perlu bagi masyarakat setempat.
Cadangan penghulu di persetujui oleh Pengerusi JKKK dan di sokong oleh Sdr. Rozaini Yaakob tanpa ada bantahan dari ahli yang lain.
3. Laporan Kewangan oleh Bendahari JKKK.
i. Bendahari memaklumkan jumlah wang untuk JKKK Kg Baru masih berada dalam RM500.00 seperti mana jumlah yang diterima dari Pejabat Daerah.
Pengerusi JKKK mengesahkan laporan tersebut dengan merujuk kepada penyata akuan yang berada di depan beliau.
4. Lain-lain Hal.
A. Mohd Nazri Bin Ismail.
Bersetuju dengan semua cadangan dan meminta Pengerusi JKKK sentiasa memberi sokongan kepada program-program Belia & Wanita yang di pengerusikan oleh beliau.
B. Mohd Riduan Kamarudin
Bersetujui dengan semua cadangan dan memaklumkan bahawa kepada sesiapa yang ingin menggunakan mesin rumput bolehlah menghubungi beliau. Mohd Riduan juga mencadangkan agar di usahakan ‘sign board’ Kg Baru di depan jalan masuk ke kampung.
C. Mohd Nasir Ismail.
Bersetujui dengan semua cadangan dan memohon agar Pengerusi dan Penghulu mengusahakan tong sampah bagi kegunaan penduduk Kampung Baru. Disebabkan ketiadaan tong sampah yang besar ini telah menimbulkan beberapa masalah.
D. Baharudin Awang.
Bersetuju dengan semua cadangan di dalam mesyuarat dan meminta Pengerusi menekankan masalah pembersihan longkan simen kerana kerja-kerja pembersihan yang di lakukan oleh MPSP hanya berupa separuh longkang saja dan tidak menyeluruh. Sdr. Baharudin juga meminta Pengerusi memriksa kembali kepada siapakah tanggungjawap pembersihan longkang ini diberikan.
Beliau juga mencadangkan agar diadakan satu lagi bentuk longkang atau saliran bagi mencegah banjir ini kerana beliau menjangkakan pam JPS yang baru dipasang berkemungkinan tidak dapat bekerja dengan maksima.
5. PENUTUP.
Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Penghulu dan semua ahli JKKK kerana telah memberi kerjasama yang baik semasa mesyuarat dijalankan.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11:10 malam dengan ucapan terima kasih dari tuan Pengerusi.